My World

This blog belongs to me...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 Monday, April 27, 2009

Hi..bertemu lagi..

Tahun nie merupakan tahun yang sangat letih dan penut buat aku. Ini disebabkan banyak bengkel dan mesyuarat yang nak kena attend..tu yang tak tahan tu.. cam ari tu..turun pahang..esoknyer meeting pagi hingga petang.. petang tu jugak ke Shah Alam sbb esok ader Final Test kat UiTM..mmg letih dibuatnyer.. tak cukup dengan tu..rest satu hari esoknyer plak nak kena outstation 3 hari kat Legend Hotel sbb ader KL Book Fair..ppeerrgghhh...tengoklah kemeriahan KL Book Fair kali nie..


Letih tetapi seronok.. family pun ikut jugak..tapi pegi tengok ajer lah..ade jugak belikan buku murah-murah kat anak-anak..bukan main suka lagik..


Bini aku pulak tidak mepelaskan kesempatan untuk bertemu penulis idolanyer "Norhayati Berahim" siap beli novel dan dapatkan tandantangan plak tu.. hah..buku nie ler yang bini aku beli tu..


nak cerita pun letih..sambung lagi lah nanti..bye..

Pagi di Tanjung Emas, Muar Monday, March 30, 2009

Hai.. Saya Upin..ini adik saya Ipin.. Hai

Kawan-kawan nak dengar cerita tak? pagi ahad aku bawak alia, afiqw dan adini ke tanjung emas tengok monyet.. suka betul diaorg.. mana taknyer..mmg monyet tu hidup kat situ.. port dia lah katakan.. abis satu round.. aku bawak gi lepak tepi tebing tempat riadah orang ramai sesambil tengok org main golf.. aku suka pegi tempat tu.. tak percaya..hah..tengok gambar nie..

Alia di tepi pantai

Afiq dah tak sabar nak mandi.. nasib baik tak terjun..


Adini ngan aksi PEACE yang tak jadik..



Hah nie gambar yang paling aku suka sebab aku sendiri yang candid tanpa focus betul-betul..maka terhasillah gambar yang cantik nie.. apa-apa pun anak-anak aku memang seronok dapat balik Muar..

~chill~

Hari minggu di Muar Monday, March 30, 2009

Assalamualaikum..

Nie aku nak sambung story morry aku balik Muar bebaru nie.. disebabkan aku boring giler, aku ajak bini aku balik Muar. Sesampainyer di Muar.. aku bawak family lepak kat Tanjung Emas tu.. alangkah terperanjat dan gumbiranyer hati beta apabila dapat melihat sendiri aksi Drift yang dipersembahankan oleh kaki-kai drfit kt Muar tu.. Apa lagi.. dengan panjang langkahnyer aku sefamily tengok Drift la.. best giler.. kan ipin kan..betul..betull.. betul..

Hah.. kawan-kawan kalau tak percaya tengoklah gambar kereta Gen2 yang telah diubah suai sepenuhnya..cantik gak..
Kan aku dah cakap.. kereta tu cantik..pastu anak-anak aku plak sibuk ngan kincir angin diaorg.. yang paling best afiq dan alia suka tengok kereta tu.. ader nissan silvia, nissan cefiro and toyota..

~chill out~

Iman Hakim Tuesday, March 24, 2009


A very good day...

Al-kisah, maka tersebutlah kisah ari nie aku nak story sikit pasal anak buah aku sorang nie yakni anak sulong adik aku ler.. nama anaknyer Muhammad Iman Hakim.. kiut miut la sbb dia lelaki..keh..keh.. mmg manja budak nie.. boleh dikatakan baby heavyweight walaupun aku dukung rasa lightweight..

bebaru nie dia datang umah sebab abah dia ader hal kat Kulai.. so, aku mmg seronok melayan Iman nie ngan anak-anak aku terutama sekali adini dan afiq ler.. tengoklah badannyer yang montel tu..hah jangan terkejut plak umur dia tak padan dengan saiz badan tu..ekekek.. maklumlah bapa dia "Macha" mama dia "Kajol" itu yang dapat "Shah Run Khan" tu..ekekek.. nie gambar aksi aku bersama ngan anak-anak aku Ultraman Tiga, Wonder Woman dan SuperGirl..
hah.. itulah aksi-aksi manusia yang memepunyai kuasa menyelamatkan bumi Ultraman Tiga, Wonder Woman dan SuperGirl..dan aku Bapa Ultraman..He..he..he..

~chill out~

Renungan Sejenak Thursday, March 05, 2009

Dengan nama ALLAH yang pemurah lagi Maha Mengasihani...


Marilah kita sama-sama fikirkan sejenak sambil merehatkan minda tentang sekuntum cendawan yang hadir ditengah ribuan batu


Terpulah kepada diri sendiri untuk mengintepretasikan maksudnya

Lawatan Menteri IPT ke UTHM Thursday, March 05, 2009


Assalamualaikum...

Setelah lama menyepi sibuk dek kerja ngan belajar.. aku coretkan cikit keadaan yang berlaku dipersekitaran.. bebaru nie (2 Mac 2009), UTHM menerima lawatan rasmi Menteri IPT merasmikan bangunan perpustakaan baru yang dianggarkan 1.2 juta dlm RMK-9.

Aku cam biasa lah terlibat dalam aktiviti Pameran dan juga Pegawai Protokol Universiti.. Seronok dan letih melayan karenah orang-orang VVIP nie.. apa-apa pun aku mmg enjoy dan bersemangat memikirkan tahun nie aku akan menggenggam segulung lagi Ijazah...

Aku juga bersyukur kerana mendapat dorong dari isteri tercinta dan anak-anak tersayang.. mereka mmg memahami kerjaya aku.. syukur..


Bangunan Perpustakaan UTHM baru yang bakal menampung 3000 orang dalam satu masa..



Telatah 2 beradik Thursday, January 22, 2009


Ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan.. inikan pula alia dan adini.. dua-dua orang nie memang tak larat nak layan.. ader ajer akal kreatif diaorg.. tak macam afiq safuan yang sentiasa cool dan tenang melihat channel CERIA kat astro bersama-sama semangat ULTRAMAN Cosmos, ULTRAMAN Tiga dan ULTRAMAN Max.. ntahlah..

Kalau part adini plak.. kerjenyer ketuk pinggan ngan mangkuk kat umah.. kononnya memasak last-last buat sampah sampai aku naik menyampah pastu mulalah aku kena sapu sampah.. sabor ajer lah.. harap-harap suatu hari nanti dia akan pandai memasak lebih hebat dari mak dia..hehehe

~bye~